Bismillahirrahmanirrahim…
“Ramadhan… awwaluhu rahmah, awsatuhu maghfirah, wa akhiruhu ’itqun min an-nar”
“Ramadhan… di awalnya rahmat dari Allah, di pertengahannya pengampunan dari Allah, dan di penghujungnya jaminan pembebasan dari api neraka”
Alhamdulillah… Syukur kehadrat Ilahi kerana kita sudah pun hampir menghabiskan 1/3 Ramadhan untuk tahun ini. Dan dalam 10 hari ini mari kita sama-sama renungkan, adakah amal ibadah kita bertambah baik dari hari ke hari? atau makin kurang? Bagaimana dengan puasa kita? Dapatkah kita rasakan kemanisan

berpuasa kali ini atau sekadar lapar dan dahaga? Saya dapati di surau taman perumahan saya pada hari pertama cukup membanggakan. Kehadiran jemaah untuk solat Tarawikh berjemaah melimpah ruah hingga ke tangga surau. Namun semalam, sudah ada saf-saf yang kosong di belakang. Dengan penuh sangka
baik mungkin mereka menunaikan solat tarawikh di masjid lain yang lebih baik barangkali… Insyaallah…
ISTIQAMAH
Satu perkataan yang sering kita dengar akan tetapi sukar untuk mengamalkannya. Istiqamah yang membawa maksud sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua keadaan. Keadaan di sini boleh kita tujukan kepada perasaan malas, tidak bersemangat, pengaruh luar, halangan dan macam-macam lagi. Dan Istiqamah bukan sahaja merujuk kepada perbuatan amal ibadah kita sahaja. Ia merangkumi keseluruhan kehidupan kita dari kepercayaan, pegangan, dan sebagainya. Istiqamah menurut Saidina Umar Al-Khattab :
“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).
Berikut merupakan artikel menarik dari laman web Dr. Mohd Asri, Mufti Negeri Perlis. Mari sama-sama kita renungkan dan beramal dengannya —> http://drmaza.com/home/?p=411