Bendera ‘ISLAM’

January 9, 2009

Bismillahirrahmanirahim….

Alhamdulillah, saya  melihat satu perkara yang positif berlaku kali ini. Di kaca televisyen memaparkan demonstrasi yang dilakukan di seluruh negara. Pelbagai kaedah dan cara yang diluahkan bagi mempamerkan rasa benci dan marah terhadap perbuatan terkutuk rejim Zionist. Demonstrasi yang terdiri dari pelbagai ‘bendera’ tidak kira PAS, UMNO, dan juga PKR membuktikan masih wujud satu bendara yang lebih hebat dalam diri masyarakat kita iaitu bendera ‘ISLAM’. Bendera inilah yang perlu kita sentiasa pegang dan julang agar ianya tidak terus hilang dari dalam diri. Diharapkan kesatuan di bawah bendera ISLAM ini dikekalkan dan diteruskan dan bukan sekadar mengikut keadaan sekarang sahaja. Alhamdulillah…

Pelbagai jenis SMS dan e-mail juga yang kunjung tiba bagi sama-sama berdoa dan membaca surah-surah tertentu mengharapkan bantuan Allah s.w.t. Ini satu usaha yang amat baik keran saling mengingati. Saya bersyukur atas kesatuan yang berlaku dan ini sepatutnya yang berlaku sejak dahulu dan bukan hanya di sini malah di seluruh dunia bersatu menentang pengganas Yahudi.

Untuk bacaan bersama :

qunutnazilah1

Maksudnya:
“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”


2009…

January 8, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya, Allah. Bantulah hamba-hamba-Mu di Palestin. Hancurkanlah musuh-musuh-Mu!.. Amin… 

Alhamdulillah, sudah sekian lama saya tidak berkesempatan untuk menulis… Sekarang berada di Carrefur Wangsa Maju. Bersendirian. Menulis blog sambil menyiapkan assignment yang bertimbun-timbun… Ya, Allah. Sukarnya kurasa untuk menyiapkan assignment ini. Next week dah mula persiapan untuk final examination. 

2009, begitulah tajuk yang dipilih. Sambil muhasabah diri apa yang telah dilakukan sepanjang kehidupan ini. Apa yang telah dicapai, apa yang belum, dan apa yang didamba. Allahuakbar… Hehe… terlintas untuk menyenaraikan apa yang telah dicapai semenjak dua menjak ini.

2005 – Kahwin…

2006 – Mula bekerja sepenuh masa, pindah ke rumah sendiri, beli kereta sendiri, berjaya mengelillingi Malaysia…

2007 – Kelahiran ‘Atheef Fathi…

2008 – Sambung pelajaran…

2009 – ???

Insyaallah, harapnya perkara yang baik terus menyelubungi diri… Amiin…


Semakin biadap!

January 8, 2009

mh_011

Bismillahirrahmanirrahim…

Itulah yang berlaku dari hari ke hari. Perbuatan biadap dan kurang ajar rejim gila ini semakin menjadi-jadi. Terang sudah penghapusan dan pembunuhan besar-besaran penduduk Palestin  ini tidak boleh diterima lagi. Makin hari makin ramai yang menjadi mangsa. Ayuh rakan-rakanku dan sahabat handaiku… bantulah… sumbanglah… tenagamu, pemikiranmu, masamu, doamu, hartamu, bagi membantu mereka yang berada di sana.


Boikot – tanggungjawab kita?

January 7, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Ini merupakan produk-produk yang dikaitkan dengan Israel. Tidak dinafikan produk-produk ini sudah lama dan sebati dengan kebanyakan masyarakat kita (tidak ketinggalan saya sendiri…). Namun begitu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk bukan sahaja menyatakan rasa benci dan kutukan terhadap perbuatan melampau rejim Zionist ini, malahan bertindak dalam meleburkan sama sekali sumber kewangan yang membantu pergerakan mereka.

Anda rasa ianya sukar? Tidak dinafikan. Anak-anak anda merengek meminta ibu bapanya belikan KFC dan McDonald, tekak anda yang kering sering dibasahi dengan air Coke atau Pepsi, di hujung minggu anda tidak pernah terlepas untuk mengunjungi Carrefour atau Tesco untuk membeli barang keperluan. Seperti saya katakan sebelum ini, produk-produk ini sudah sekian lama wujud dan sebati dalam hidup kita. 

Ini merupakan usaha yang perlu dilaksanakan secara kolektif. Usaha anda seorang saja memang tidak akan memberikan kesannya, namun jika dilakukan oleh jutaan orang, sudah pasti ada kesannya. Ada yang membantah tindakan boikot ini kerana ianya akan menjejaskan ekonomi. Bagi pendapat saya ya dan juga tidak. Ya, ia akan memberi kesan pada ekonomi global sekarang, akan tetapi ianya akan membantu ekonomi pengusaha-pengusaha produk Islam dan halal. Dengan memboikot produk-produk ini, kita akan berusaha untuk mencari produk alternatif yang diusahakan oleh pengusaha Islam tempatan kita. Ini akan membantu ekonomi mereka dan Insyaallah pengusaha ini akan membantu untuk menjana sistem ekonomi Islam yang lebih baik. Amin…

So, why not if we start now.


Apakah kita peduli?

January 5, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Kejam!!! Mungkin itu perkataan yang biasa terpancul dari mulut kita. Hari demi hari tentera Zionist mengganas bagai tiada suatu pun yang lebih berkuasa dari senjata-senjata mereka. Dengan alasan ingin mengapuskan Hamas dan menghalang serangan berani mati, sekutu rapat mereka Amerika seolah-olah merestui perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. Jika semua rakyat Palestin “sanggup” menjadi pejuang berani mati bagaimana? Mungkin itu tujuan serangan kali ini… menghapuskan semua rakyat Palestin termasuk anak-anak kecil agar tiada langsung yang tinggal. Jadi tiada lagi pejuang-pejuang berani mati ini. Namun dikhabarkan serangan ini hanya disebabkan politik. Atau membalas dendam? Walau apa pun sebabnya, ini merupakan perbuatan yang kurang ajar dan adalah wajib bagi umat Islam sama-sama membantu saudara se-Islam kita.

Apakah sumbangan kita??? Solat hajat? Doa? Menulis? Mengutuk? Atau langsung tidak ambil peduli? Nauzubillah… Janganlah kita jadi orang yang tidak ambil peduli kerana bukan kita yang kena. Kerana kita jauh dari Palestin. Kerana kita di Malaysia aman tenteram. Ingatlah, kejadian ini boleh berlaku pada kita suatu hari nanti. Apa yang berlaku hingga hari bukti kejadian ini tidak mustahil berlaku dan menimpa kita. Bersama-samalah kita menyumbang tenaga, wang ringgit, fikiran, masa, dan sebagainya untuk membantu menumpaskan musuh Allah. Takbir!!!