Archive for June, 2008

3 Langkah Bina Laman Web Sendiri

June 29, 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah. saya terjumpa artikel yang berguna daripada rakan seforum a.k.a guru saya (http://imran.sifoo.com). Beliau menerangkan secara ringkas untuk membina laman web. Jom baca sama-sama.

Anda mempunyai produk atau servis yang sangat berpotensi. Lalu anda bercadang untuk mempromosikannya di internet kerana internet mempunyai capaian pasaran yang tidak terbatas. Walau bagaimana pun, usaha anda tersekat seketika kerana anda tidak tahu bagaimana hendak memiliki laman web sendiri. Jangan putus asa!

Memiliki laman web sendiri pada waktu ini adalah sangat mudah – semudah ABC! (bak kata kebanyakan orang). Kos awalnya tidak tinggi, anda tidak perlukan pengetahuan teknikal yang terlalu tinggi – cukup sekadar pengetahuan komputer yang asas dan tempoh yang singkat untuk menyiapkannya. Faktor-faktor ini cukup menguntungkan bagi anda yang ingin memulakan bisnes internet atau membuat pemasaran di internet. Cuba bandingkan kos yang diperlukan bagi memulakan bisnes secara konvensional dengan memulakan bisnes secara digital.

Jadi? Bagaimana cara-caranya?

Langkah A: Dapatkan Tapak, Alamat

Nama-nama seperti http://www.sifoo.com, http://www.yahoo.com, http://www.google.com, http://www.utusan.com.my adalah alamat laman web atau lebih biasa dipanggil domain name. Domain name adalah penting supaya orang ramai tahu bagaimana hendak mengakses laman web anda.

Tips: Domain name hendak ringkas dan tak mengelirukan, dan menarik perhatian

Nama-nama antarabangsa: *.com, *.net, *.org

Nama-nama tempatan: *.com.my, *.net.my, *.org.my (dot my adalah pengenalan untuk Malaysia)

Contoh lain:

dot sg: Singapura

dot kr: Korea

dot cn: China

dot jp: Jepun

Pada dasarnya, nama-nama tersebut tidak mempunyai sebarang batasan berkaitan tentang akses. Maksudnya, anda boleh menggunakan apa juga domain name dan sesiapa sahaja walau di mana sahaja mereka berada boleh mengakses laman web anda. Cuma kelebihan nama antarabangsa adalah lebih ringkas dan pendek dan nama tempatan mendekatkan diri anda dengan semangat kenegaraan.

Di mana anda boleh mendapatkan nama-nama tersebut?

Pertamanya, anda harus membuat semakan samada nama yang anda bercadang untuk gunakan masih boleh digunakan atau sudah diambil oleh orang lain.

Nota: Domain name adalah unik. Hanya satu nama sahaja boleh wujud dalam satu masa.

Jadi, anda perlu membuat senarai pilihan nama sekiranya nama yang hendak gunakan telah digunapakai oleh orang lain. Semakan boleh dibuat di www.register.com, atau di www.mercumaya.net (sekadar beberapa contoh sahaja).

Setelah semakan dibuat, anda boleh terus membuat bayaran untuk nama pilihan anda. Harga untuk satu domain name adalah dalam lingkungan RM30 hingga RM100 setahun (bergantung kepada harga tawaran oleh ejen jualan).

Seterusnya, dapatkan tapak atau hosting. Hosting adalah ruangan yang diperlukan untuk menyimpan semua fail laman web. Hosting adalah umpama ruangan hard disk yang terdapat di dalam komputer anda. Anda tidak boleh menyimpan fail laman web di dalam komputer anda kerana ianya tidak boleh diakses oleh orang lain. Untuk membolehkan orang lain mengakses fail-fail laman web sebuah web server diperlukan. Web server inilah yang mempunyai ruangan yang akan menyimpan fail laman web anda. Oleh itu, anda perlu memindahkan fail laman web dari komputer anda ke dalam web server.

Bagi mendapatkan ruangan di dalam web server tersebut, anda perlu membayar sewa hosting. Dengan harga serendah RM100 setahun, anda sudah boleh memiliki ruangan di dalam web server. Anda akan diberi sebuah akaun untuk membolehkan anda mengakses ruangan tersebut dan memindahkan semua fail laman web anda ke dalam web server.

Nota: FTP (File Transfer Protocol) adalah protokol pemindahan fail daripada komputer anda ke web server.

Pemindahan menggunakan FTP boleh dibuat menggunakan perisian seperti Adobe Dreamweaver.

Setakat ini, kos memiliki domain name dan hosting adalah kurang daripada RM200 setahun iaitu kurang daripada RM20 sebulan. Murahkan?

Selain daripada hosting berbayar, anda juga boleh mendapatkan hosting percuma. Antara laman web yang menyediakan hosting percuma ini ialah geocities.yahoo.com dan www.tripod.com. Hosting percuma ini boleh anda miliki tetapi dengan batasan-batasan tertentu seperti menggunakan domain name yang diberikan sahaja (seperti: http://geocities.yahoo.com/syarikat_abc), ruangan yang terhad, anda terpaksa memaparkan iklan mereka di dalam laman web anda dan ketidakbolehan untuk membesarkan fungsi laman web anda.

Langkah B: Bina Laman Web

Langkah seterusnya ialah membina laman web. Bagaimana agaknya nak mulakan langkah ini ya? Mudah saja… Banyak perisian biasa yang boleh anda gunakan untuk membina laman web. Antara yang paling mudah ialah Microsoft Word. Anda hanya perlu menyusun kandungan laman web anda di dalam satu dokumen Word (taipkan teks, masukkan gambar, letakkan jadual, dsb). Setelah siap, simpan dokumen tersebut sebagai fail HTML (HTML РHyper Text Mark Up Language). Apa juga yang anda letak di dalam dokumen tersebut adalah apa yang akan terpapar di dalam web browser (seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox). Ini dipanggil What You See Is What You Get (WYSWYG).

Perisian WYSWYG membolehkan sesiapa sahaja membina laman web tanpa mengetahui pengaturcaraan web seperti HTML, Javascript dan Cascading Style Sheet (CSS).

Perisian lain bagi membina laman web adalah Microsoft FrontPage dan Adobe Dreamweaver. Pembinaan laman web akan dilakukan di dalam komputer peribadi anda. Setelah siap barulah anda akan memindahkan (upload) ke dalam web server (hosting).

Pembinaan laman web memerlukan sedikit perancangan bagi menyusun kandungan supaya lebih teratur dan kemas. Asingkan kandungan anda kepada beberapa bahagian seperti:

  1. Halaman Utama
  2. Pengenalan atau Profail
  3. Produk dan Servis
  4. Hubungi Kami

Masukkan info yang ringkas dan padat serta bersesuaian di dalam setiap bahagian yang telah disusun. Gambar-gambar yang hendak dimasukkan juga mesti bersesuaian dan tidak terlalu besar saiznya (dimensi dan juga jumlah baitnya).

Pastikan anda meletakkan jaringan (link) navigasi supaya pengunjung dapat melungsuri laman web anda tanpa tersesat. Jaringan navigasi atau menu navigasi adalah sangat penting.

Setelah siap kesemua halaman yang anda inginkan, cuba dahulu secara local sebelum memindahkan (upload) ke dalam web server (hosting) anda. Pastikan tiada jaringan yang terputus. Pastikan tiada gambar yang gagal dipaparkan. Pastikan navigasi anda tiada masalah. Jika semuanya baik, pindahkan ke dalam web server.

Langkah C: Promosikan Laman Web Anda

Kewujudan laman web anda tidak akan diketahui umum sekiranya tidak diwar-warkan. Promosi adalah penting supaya laman web anda tidak terbiar sepi. Promosi boleh dibuat dengan beberapa cara, antaranya:

  • Sampaikan secara lisan (mungkin kepada rakan atau saudara-mara terdekat)
  • E-melkan kepada senarai rakan (contact list)
  • SMSkan alamat laman web anda kepada phone book
  • Menyertai internet groups atau forum dan membuat sedikit ulasan kepada ahli groups / forum
  • Melanggan ruangan iklan di dalam laman web yang mempunyai trafik yang tinggi
  • Mendapatkan ruangan di dalam majalah / suratkhabar / rancangan TV
  • Mempromosikan kepada pengunjung pameran / karnival / konvensyen
  • Menaja acara-acara besar

Cuba fikirkan bagaimana cara supaya pengunjung laman web anda sentiasa berkunjung dari semasa ke semasa dan supaya pengunjung baru sentiasa bertambah.

Selamat mencuba!

Advertisements

Jangan Bersedih…

June 28, 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, dapat menulis lagi hari ini. Semalam saya terima e-mail dari seorang rakan sekerja (thanks Roha!!!). Just wanna share the e-mail.

Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep “ujian” di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah… .dan bacalah Al Quran… sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya… … segala jawapan ada di dalamnya… .

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).- Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

… … dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12

Sama-sama kita renungkan…

Sabar…

June 27, 2008

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia, beri peluang buat hambanya untuk terus beribadah dan bertaubat atas segala dosa yang dilakukan. Sambil-sambil melayari internet, teringat saya satu ceramah di Masjid Lundang semasa balik kampung cuti sekolah yang lalu. Ustaz dari salah sebuah pondok di sana, mengajar bab sabar dari sebuah kitab (tak pasti pula saya kitab ape…). Rupanya sabar ini terbahagi kepada 2. Pertama sabar di atas perkara-perkara yang selari atau disukai nafsu. Kedua, sabar di atas perkara yang tidak disukai nafsu.

Apa perkara-perkara yang disukai nafsu? Perkara yang disukai nafsu seperti kekayaan, kesenangan, kelapangan, kemudahan. Aik? Kesenangan pun kene sabar? Apa yang nak disabarkannya? Ustaz menjelaskan bahawa bila kita senang, kaya, perkara semua mudah, perlu sabar juga. Maknanya, kalau kaya atau duit banyak kene sabar dan fikir dulu nak gunakan duit itu ke mana. Jangan bila ada duit je beli kereta, beli rumah, pergi berlibur, dll. Kene fikir bahawa duit itu seharusnya ke mana. Zakat dah bayar belum contohnya. Kalau sentiasa sihat je pun kene sabar dan beringat. Adakah ini ujian, dugaan, mahupun cabaran daripada Allah? Jangan kita jadi seperti Firaun. Bilamana sudah lama tidak ditimpa penyakit, mula lupa diri dan merasakan dirinya tuhan. Kene bersabar juga.

Yang kedua, sabar atas perkara yagn tidak disukai nafsu. Contohnya bila dalam kesusahan, kesedihan. Ini yang biasa kita lakukan. Jika rakan kita ditimpa kecelakan mulalah kita usap2 bahunya dah berkata “Bersabarlah. Ini dugaan Allah…”. Dalam bab ini juga ada ditekankan mengenai sabar dalam perkara-perkara ketaatan kepada Allah. Maknanya kene sabar dalam melakukan ibadah kepada Allah. Solat antara contoh mudah. kene sabar dalam setiap pergerakan solat. Selepas solat nak cabut terus ke, atau nak berzikir dan doa dahulu…hehehe… faham-faham la ye…

Pentingnya sifat sabar ini diterapkan dalam diri kita sebagai muslim. Zaman kini yang penuh cabaran dan dugaan perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Dengan kos hidup yang tinggi, kenaikan harga minyak, harga barangan, gejala sosial yang cukup membimbangkan, semua ini memberikan tekanan dan cabaran yang begitu hebat. Namun ambil masa untuk sama-sama kita istighfar dan muhasabah diri. Ke mana arah tuju kita yang sebenarnya. Kalau kebendaan yang kita kejar, maka harta dan kebendaan itulah yang kita dapat. Sama-sam kita fikirkan…

Minyak Naik?? Naik Minyak??

June 11, 2008

Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, berpeluang lagi nak menulis. Setelah sekian lama tak menulis ni, rasa kekoknya tetap ada. Hari ni dapat e-mail dari rakan sekerja (thanks Mr. CJ!!). Artikel yang panjang lebar. Jom kita baca sama-sama dan buat kesimpulan sendiri…


Long article but worth reading!!

WHAT IS NEVER MENTIONED IN Mainstream Media like NST/TheStar/Utusan/BH are these facts….

Malaysian PerCapita Income USD 5000
VS
Singaporean PerCapita Income USD 25000

Further The Star made a comparison of prices in Thailand , Singapore and Indonesia .



For Thailand it is quoted at RM3.90/liter, however are they aware that in Thailand new cars are cheaper than Malaysia by RM10,000? They pay only one life time for their driving license? No renewal fee after that? Also that goes for road tax as well? And do TheStar also aware that you can drive all the way from Hadtyai to Bangkok on a six lane highway without paying any Tolls ??!!

Whereas here in Malaysia you have to pay yearly renewal for road tax , driving license and TOLLS, TOLLS, TOLLS!!!

For Singapore how can you quote RM 5.20 ? Please quote in Singapore Dollars because they are earning in Sing Dollars. You might as well say Europeans are paying RM10/liter. RM5.20/liter = Sing $ 2.20/liter, still cheaper than Malaysia in view of fact that Singapore is not a crude oil exporter. Are you saying that you fill up petrol in Singapore by paying Ringgit?

In economy, dollar to dollar must be compared as apple to apple. Not comparing like durian in M’sia is much cheaper than durian in Japan!! Of course-lah, Japan is not durian producer!!! Comparing Malaysian durian with Thailand durian make more sense!!

For Indonesia we might say is cheaper there at RM2.07/liter but compare that to their level of income!

Now, let us compare the price with OIL PRODUCING countries:

UAE – RM1.19/litre
Eygpt – RM1.03/litre
Bahrain – RM0.87/litre
Qatar – RM0.68/litre
Kuwait – RM0.67/litre
Saudi Arabia – RM0.38/litre
Iran – RM0.35/litre
Nigeria – RM0.32/litre
Turkmenistan – RM0.25/litre
Venezuela – RM0.16/litre

MALAYSIA – RM2.70/litre



RM 2.70!!! Individual perspective:


As of last month a Toyota Vios would ’cause a damage’ of about RM 89,000.
In the international market, a Toyota Vios is about USD 19,000
USD 19,000 = RM 62,700 (using the indicative rates of USD 1 = RM 3.30)
That makes Malaysian Vios owners pay an extra RM 26,300.

This RM 26,300 should be cost of operations, profit and tax because the transportation costs have been factored in to the USD 19,000.

RM 26,300/ RM625 petrol rebate per year translates to a Vios being used for 42.08 years.

I do understand that the RM 625 is a rebate given by the government, but it also means that one has to use the Vios for 42.08 years just to make back the amount paid in taxes for the usage of a foreign car. Would anyone use any kind of car for that long?

Now with these numbers in front of us, does the subsidy sound like a subsidy or does it sound like a penalty? This just seems to be a heavy increment in our daily cost of living as we are not only charged with high car taxes but also with a drastic increase in fuel price.

With all the numbers listed out, I urge all Malaysians to join me in analyzing the situation further.

Car taxation is government profit, fuel sales is Petronas’ (GLC) profit which also translates into government profit. The government may ridicule us Malaysians by saying look at the world market and fuel price world wide. Please, we are Malaysians, we fought of the British, had a international port in the early centuries (Malacca), home to a racially mixed nation and WE ARE NOT STUPID!!!

We know the international rates are above the USD 130/barrel. We understand the fact that the fuel prices are increasing worldwide and we also know that major scientist are still contradicting on why this phenomenon is happening. Some blame Bush and his plunders around the world and some blame climate change and there are others which say petroleum ‘wells’ are getting scarce.

Again we go back to numbers to be more straight fwd

1 barrel = 159 liters x RM2.70/liter = RM 429 or USD 134

On 1 hand, we are paying the full cost of 1 barrel of crude oil with RM2.70 per liter but on the other hand the crude oil only produces 46% of fuel.

Msia sells crude oil per barrel at USD130 buys back Fuel per barrel at USD134. And not forgetting, every barrel of fuel is produced with 2 barrels of crude oil.

1 barrel crude oil = produce 46% fuel (or half of crude oil), therefore
2 barrel crude oil = approximately 1 barrel fuel
In other words, each time we sell 2 barrels of crude oil, equivalently we will buy back 1 barrel of fuel.

Financially,
Malaysia sell 2 barrel crude oil @ USD 130/barrel = USD 260 = RM 858
then, Malaysia will buy back fuel @ USD 134/barrel = RM 442/barrel
Thus, Malaysia earn net extra USD 126 = RM 416 for each 2 barrel of crude sold/exported vs imported 1 barrel of fuel !!!
(USD 260-134 = USD 126 = RM416)

So where this extra USD 126/barrel income is channeled to by Malaysian Govt?????????

Another analysis:

1 barrel crude oil = 159 liters.
46-47% of a barrel of crude oil = fuel that we use in our vehicles.
46% of 159 = 73.14 liters.
@ RM 2.70/liter x 73.14 liter = RM197.48 of fuel per barrel of crude oil. This is only 46% of the barrel, mind you. Using RM 3.30 = USD 1, we get that a barrel of crude oil produces USD 59.84 worth of petrol fuel (46% of 1barrel).
USD 59.84 of USD 130/barrel turns out to be 46% of a barrel as well.

Another 54% = bitumen, kerosene, and natural gases and so many more.
And this makes a balance of USD 70.16 that has not been accounted for.

So this is where I got curious. Where is the subsidy if we are paying 46% of the price of a barrel of crude oil when the production of petrol/barrel of crude oil is still only 46%?

In actual fact, we still pay for this as they are charged in the forms of fuel surcharge by airlines and road taxes for the building of road (because they use the tar/bitumen) and many more excuse charging us but let us just leave all that out of our calculations.

As far as I know, only the politicians who live in Putrajaya and come for their Parliament meetings in Kuala Lumpur (approximately 60+ km) are the ones to gain as they claim their fuel and toll charges from the money of the RAKYAT’s TAX.

It is so disappointing to see this happen time and time again to the Malaysian public, where they are deceived by the propaganda held by the politicians and the controls they have over the press.

Which stupid idiot economist equates rebates for rich or poor with the cc of the vehicles? An average office clerk may own a second hand 1300cc proton Iswara costing $7,000 (rebate = $625) while the Datuk’s children can own a fleet of 10 new cars of BMW, Audi and Volvo all less than 2000cc costing $2 millions and get a total rebate of $625 x 10 = $6,250! Wow what kind of economists we are keeping in Malaysia…wonder which phD certificate that they bought from…

Misleading concept of Subsidy:


The word “subsidy” has been brandished by the BN government as if it has so generously helped the rakyat and in doing so incurred losses. This simple example will help to explain the fallacy:

Example:
Ahmad is a fisherman. He sells a fish to you at $10 which is below the market value of $15. Let’s assume that he caught the fish from the abundance of the sea at little or no cost. Ahmad claims that since the market value of the fish is $15 and he sold you the fish for $10, he had subsidised you $5 and therefore made a loss of $5.

Question : Did Ahmad actually make a profit of $10 or loss of $5 which he claimed is the subsidy?

Answer:
Ahmad makes a profit of $10 which is the difference of the selling price ($10) minus the cost price ($0 since the fish was caught from the abundance of the sea). There is no subsidy as claimed by Ahmad.

The BN government claims that it is a subsidy because the oil is kept and treated as somebody else’s property (you know who). By right, the oil belongs to all citizens of the country and the government is a trustee for the citizens. So as in the above simple example, the BN government cannot claim that it has subsidised the citizen!