Sabar…

June 27, 2008

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia, beri peluang buat hambanya untuk terus beribadah dan bertaubat atas segala dosa yang dilakukan. Sambil-sambil melayari internet, teringat saya satu ceramah di Masjid Lundang semasa balik kampung cuti sekolah yang lalu. Ustaz dari salah sebuah pondok di sana, mengajar bab sabar dari sebuah kitab (tak pasti pula saya kitab ape…). Rupanya sabar ini terbahagi kepada 2. Pertama sabar di atas perkara-perkara yang selari atau disukai nafsu. Kedua, sabar di atas perkara yang tidak disukai nafsu.

Apa perkara-perkara yang disukai nafsu? Perkara yang disukai nafsu seperti kekayaan, kesenangan, kelapangan, kemudahan. Aik? Kesenangan pun kene sabar? Apa yang nak disabarkannya? Ustaz menjelaskan bahawa bila kita senang, kaya, perkara semua mudah, perlu sabar juga. Maknanya, kalau kaya atau duit banyak kene sabar dan fikir dulu nak gunakan duit itu ke mana. Jangan bila ada duit je beli kereta, beli rumah, pergi berlibur, dll. Kene fikir bahawa duit itu seharusnya ke mana. Zakat dah bayar belum contohnya. Kalau sentiasa sihat je pun kene sabar dan beringat. Adakah ini ujian, dugaan, mahupun cabaran daripada Allah? Jangan kita jadi seperti Firaun. Bilamana sudah lama tidak ditimpa penyakit, mula lupa diri dan merasakan dirinya tuhan. Kene bersabar juga.

Yang kedua, sabar atas perkara yagn tidak disukai nafsu. Contohnya bila dalam kesusahan, kesedihan. Ini yang biasa kita lakukan. Jika rakan kita ditimpa kecelakan mulalah kita usap2 bahunya dah berkata “Bersabarlah. Ini dugaan Allah…”. Dalam bab ini juga ada ditekankan mengenai sabar dalam perkara-perkara ketaatan kepada Allah. Maknanya kene sabar dalam melakukan ibadah kepada Allah. Solat antara contoh mudah. kene sabar dalam setiap pergerakan solat. Selepas solat nak cabut terus ke, atau nak berzikir dan doa dahulu…hehehe… faham-faham la ye…

Pentingnya sifat sabar ini diterapkan dalam diri kita sebagai muslim. Zaman kini yang penuh cabaran dan dugaan perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Dengan kos hidup yang tinggi, kenaikan harga minyak, harga barangan, gejala sosial yang cukup membimbangkan, semua ini memberikan tekanan dan cabaran yang begitu hebat. Namun ambil masa untuk sama-sama kita istighfar dan muhasabah diri. Ke mana arah tuju kita yang sebenarnya. Kalau kebendaan yang kita kejar, maka harta dan kebendaan itulah yang kita dapat. Sama-sam kita fikirkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: