Archive for July, 2008

Besar? Hebat? Megah? Kosong?

July 9, 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, thank you Allah for giving me time and strength to continue writing this blog. Today was an exciting and tiring day. I had training for Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI)’s staffs at Masjid Wilayah. Today was the first time I enter the prayer hall. Subhanallah, it was so huge. Alhamdulillah, sempat menunaikan solat Tahiyyatul Masjid dan Dhuha. I was so impress with the design and facilities. Here are some pictures of Masjid Wilayah :

But then, sadly… when the Zohor prayer time came, only 2 saff sahaja? Where are those people nearby. If not mistaken Masjid Wilayah was surrounded by few government offices. That’s the reality of Malaysia… The bigger the Mosque, the smaller the jamaah… Ngape la buat besar-besar. Apa yang ada pada kemegahan, pada kehebatan, Peringatan untuk diriku dan sahabat-sahabat lain… Sama-samalah kita memakmurkan rumah Allah…

Ada artikel yang menarik utnuk dikongsi bersama :

SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita. Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat. Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. ”

Advertisements

Free Training

July 3, 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, we are offering free training as below :

FREE TRAINING


Laptop for sale

July 3, 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, my company has laptops for sale. We have 30 units of NEC VERSA E6301 and the price is RM1800 each. Anybody interested please do call/sms/email me. Thanks. Here are the specs :

Processor : Intel® Core™ 2 Duo processor T5450 (1.66GHz 2MB L2 Cache 667MHz FSB)
Memory : 1GB DDR2 677MHz
Monitor : 14.1″ WXGA SSV TFT Display
Hard Drive : 160GB SATA HDD 5400RPM
Optical Drive : DVD-Super Multi DL+R (Double Layer)
Graphic Card : Mobile Intel@ Graphic Media Accelerator X3100
Wireless Network Card : Atheros 802.11b/g
Other : Build in camera 1.3M Pixel
6 in 1 Card reader (MS/MS Pro/MMC/SD/ SDIO/xD)
1 carrying case
FREE DOS
3 months old

SOLD OUT!!!

Credit Card

July 3, 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, today I saw an article by Ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.net) regarding credit card. Very informative and please, need to think and act fast after read it. So, enjoy!

Musim Inflasi : Jangan Perangkap

& Bunuh Diri

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

hutang ke mati

Tekanan akibat kenaikan harga minyak semakin kelihatan meracuni pemikiran rakyat berpendapatan sederhana dan rendah sudah tentu. Menurut Bank Negara Malaysia, inflasi dicatatkan setinggi 7 % pada bulan Jun 2008. Kadar faedah bank pula sudah kedengaran akan menaik sekurang-kurangnya 0.25 % hingga ke 0.5 %. Demikian juga info dari rakan-rakan di bank walaupun ia dikatakan masih tahap ‘cakap-cakap’ sahaja.

Apa yang diperhatikan, mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah terutamanya kelihatan cuba mendapatkan penyelesaian sementara yang kelihatan melegakan, namun hakikatnya ia menawarkan kehancuran dan bala di masa hadapan. Iaitu apabila mereka semakin berjinak-jinak dengan penggunaan kad kredit.

Apatah lagi hari ini individu berpendapatan sekitar RM 1,500 juga sudah layak untuk memiliki kad kredit. Malah, laporan menyebut penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.

Saya berkata demikian apabila membaca berita berikut :-

“Penggunaan kad kredit untuk urusan pembelian minyak di stesen minyak seluruh negara meningkat antara 15 hingga 20 peratus sejak kerajaan melakukan penstrukturan semula subsidi minyak awal bulan ini.

Penggunaan kad kredit paling ketara adalah bagi urusan pembelian diesel yang kini mencecah 95 peratus, berbanding sebelum ini hanya 80 peratus. Kebanyakan pengguna diesel adalah kenderaan perdagangan.

Berkuat kuasa 4 Jun lalu, harga petrol dan diesel mencatatkan kenaikan masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata pembelian petrol menggunakan kad kredit pula meningkat kepada 75 peratus daripada 55 peratus. “

Malah, katanya penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.

Beliau berkata, kad kredit digunakan kerana mudah dimiliki berikutan syarat kelayakan yang minimum seperti hanya perlu berpendapatan RM1,500.

“Antara sebab peningkatan penggunaan ini ialah pengguna tidak perlu membayar tunai, sebaliknya boleh dijelaskan sebelum tarikh akhir pembayaran kad kredit. ( Sumber )

HANTU KAD KREDIT RIBA

Saya kerap mendedahkan dalam kuliah-kuliah berkenaan pertemuan saya dan rakan-rakan ketika berkhidmat di sebuah bank Islam dengan beberapa pegawai tinggi syarikat pengeluar kad kredit.

Secara terus terang mereka berkata, sasaran dan harapan mereak dari pelanggan adalah agar pelanggan sentiasa lambat bayar dan gagal bayar on time’ sehingga menyebabkan mereka mampu meariah interest yang lebih tinggi. Mereka juga tanpa segan silu mengatakan, kurang gemar dengan pelanggan yang kerap membayar penuh kos kegunaan mereka pada setiap bulan. Bagi mereka orang sebegini patutnya pergi menggunakan kad caj berbanding kad kredit.

Bayangkan, betapa dahsyatnya bisnes kad kredit ini. Ia bisnes cekik darah orang melalui kelemahan manusia lain. Ia juga sentiasa merangsang nafsu membeli pelanggan kerana terasa mudah. Mana tidaknya, mampu membeli tanpa mempunyai atau membawa duit di ketika itu.

Disebabkan itu, saya katakan ia menawarkan kenikmatan sementara tetapi kecelakaan masa depan.

Jika anda masih belum faham maksud saya, setiap kad kredit menawarkan kepada pemegangnya kelayakan berhutang dengan jumlah tertentu, katalah RM 5000. Justeru pelanggan boleh membeli apa jua selagi jumlah RM 5000 belum dicapai. Setiap pembelian yang dibuat menggunakan kad ini, pihak pengeluar kad akan beroleh komisyen dari penjual atau pekedai sekitar 1 – 2.5 %. Ini pendapatan pengeluar yang pertama.

Kemudian, pihak pengeluar kad akan membayar setiap harga yang dibeli oleh pelanggan. Dengan demikian telah sah bahawa si pelanggan berhutang dengan pengeluar kad.

Namun hasil target ‘jahat’ si pengeluar kad, mereka MEMBENARKAN pengguna tadi membayar 5 % dari harag yang mereka guna sahaja terlebih dahulu. Bermakna jika, pelanggan guna sebanyak RM 4000, mereka hanya dikehendaki bayar minimum sebanyak RM200 sahaja. Baki sebanyak RM 3800 DIGALAKKAN oleh pengeluar kad agar pelanggannya melenagh-lengahkannya. INi kerana mereka akan mengenakan interest sebanyak 15-20 % ke atas baki RM3800 itu. Dengan cara ini, meraka akan perolehi untung besar-besaran dan pelanggan akan semakin hampir kepada muflis dan tenggelam dengan hutang dan interestnya.

Inikah yang disukai dan diingini oleh pengguna kad kredit?.. Kelihatan anda mudah sementara di stesyen minyak dan pasaraya namun rupanya anda MENGORBANKANNYA DENGAN MENANGGUNG BEBAN interest sebesar 15-20 % yang amat merugikan untuk jangka panjang di dunia dan akhirat.!!!

Kerugian di dunia akan bermula dengan tekanan-tekanan hutang yang semkain menggila dan akhirnya boleh menyebabkan pengguna tertekan dengan begitu dahsyat sehingga macam-macam perkara buruk berlaku. Mungkin salah satu kesannya adalah sebagaimana yang tercatat dari petikan berita di bawah :-

“Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan dekat sini, kelmarin.

Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa kedua-dua anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong.

Bagaimanapun, dia hanya sempat memberi racun itu kepada anak yang berusia enam tahun selepas seorang lagi menjerit dan menangis sekuat hati.

Difahamkan, hasil siasatan awal, wanita yang mempunyai tiga anak itu memberitahu dia melakukan perbuatan berkenaan KERANA MENGALAMI TEKANAN PERASAAN DAN MENANGGUNG HUTANG YANG BANYAK. ( Sumber )

JIKA GUNA TAPI BAYAR PENUH SETIAP BULAN

Saya dapati ramai yang bertanya saya soalan ini. Mereka menggunakan kad kredit namun membayar penuh setiap jumlah kegunaan mereka dalam tempoh 20 hari yang terawal. Dengan cara ini tiada sebarang interest dikenakan, dan tatkala itu kad itu hanya seperti Kad Caj. Adakah halal?

Jawapnya telah saya ulas keputusan Majlis Fiqh dunia dalam artikel lepas. Kesimuplannya IA TETAP HARAM kerana sebagaimana yang diberitahu sebelum ini, setiap pembelian menggunakan kad kredit riba dari bank konvensional ini, pihak bank akan mendapat komisyen sekitar 1 peratus hingga 3 peratus daripada pihak penjual. DENGAN DEMIKIAN, INI JELAS MENUNJUKKAN PENGGUNA MENYOKONG INDUSTRI RIBA UNTUK BERKEMBANG, iaitu dengan memberikan lagi keuatan kepada mereka, lebih kurang sama dengan memberikan upah dan komisyen kepada perompak dan pembunuh atas kerja jahatnya. Bukankah itu dosa yang jelas..

Dosanya sama seperti mereka yang terlibat dengan riba secara langsung. Taubatlah. Tiada lagi alasan untuk menggunakannya, terutama di waktu wujudnya kad kredit Islam dan kad caj Islam yang diiktiraf Visa dan Mastercard, bermakna ia diterima di seantero dunia.

Berfikirlah berlandaskan Islam di musim kaya, miskin dan sukar, nescaya Allah melapangkan jalanmu.

Apa yang perlu dibuat sekarang!!! Ikutilah gambar di bawah jika kad anda adalah kad kredit riba. Nescaya anda selamat.

Kenduri Potong kad kredit Riba

Selamat memotong…agar tidak dipotong…

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

I LOVE PJ t-shirt

July 1, 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, good news for PJ residences!!! We have produce a special t-shirt. Currently we have white color t-shirt and few sizes only ( M, L, XL only ). Now taking orders. The price is RM28 + free delivery. Please e-mail me ( mycliq@gmail.com ) as below:

Full Name :
Address :
Phone :
Size :